Mengenai Kami

Our Story
SHAH M HITECH telah didaftarkan pada 16 Oktober 2004 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 merupakan sebuah syarikat pembekal yang mempunyai Pegangan ekuiti, Pengurusan, Pengurusan Kewangan dan Kakitangan 100% dimiliki oleh Bumiputera.
SHAH M HITECH telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB.
Bidang tumpuan SHAH M HITECH adalah dalam bentuk pembekalan dan pemasangan Mekanikal dan Elektrikal, Pembinaan Bangunan Dan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Pembersihan Bangunan dan Membekal Peralatan Kelengkapan Pejabat
.
Sentiasa ke hadapan
SHAH M HITECH berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat pembekal yang memiliki sistem pengurusan yang sistematik dan mampu memberi perkhidmatan yang bersih, berkualiti dan terbaik kepada semua pelanggan.
Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang ada, kami gabungkan ciri-ciri keusahawanan dan etika kerja yang professional bagi menyahut cabaran alaf baru ini dalam memajukan syarikat ini selaras dengan hasrat kerajaan.
Setiap langkah dan kejayaan yang diperolehi akan mendorong kami untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai hasrat serta matlamat ke arah pembangunan negara dalam memastikan syarikat terus maju.
Kami akan terus memperluaskan usaha dan perkhidmatan terbaik kami selaras dengan permintaan yang terus meningkat.
.
Harapan
Kami telah berikrar akan menjalankan tugas secara professional bagi menjamin mutu kerja, imej dan kepercayaan terhadap syarikat ini.
Sehubungan dengan itu, kami berharap agar SHAH M HITECH akan mendapat sokongan dan kepercayaan dari semua pihak, terutama agensi kerajaan dan swasta serta pihak-pihak lain yang berkaitan.


Misi
Memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kepuasan pelanggan berteraskan sikap jujur dan amanah.

Visi Objektif
Memastikan kestabilan syarikat pada tahap tertinggi dan mampu terus bersaing dalam pasaran yang lebih global..

Kami Komited
• Menjadi Sebuah Syarikat Pembekal Yang Berkualiti.
• Melahirkan Individu Modal Insan Berketrampilan
• Mewujudkan Persaingan Yang Bersih Dan Harmoni

Nohazz Technologies

Aznn Enterprise

Naffa Technology

Samin Bina Sdn Bhd

Long Hill Enterprise